Tuesday, August 16, 2011

Classic Doodle


Lukisan cap ayam aku


* HOT! Updated : Lukis guna Adobe Photoshop, first try okay.. :) *
Pelan-pelan kayuh, mane tau lame² lukis jadi cun ke kan?

Aku serius tak pandai nak lukis doodle guna pen tool ke ape ke yang dah sedia canggih dalam Adobe Photoshop tu..lukis pakai pensel dengan kertas tu bolehlah sikit-sikit-lama-lama-jadi-bukit kan..Lama benar sudah tidak melukis..Hiks~

Merujuk kepada gambar di atas, mereka yang berkeliaran menjadi nota kepala tersebut merupakan menu berbuka aku untuk hari ni..kau nak kata "Pergh, banyak gila minah ni telan? Adik beradik dengan buaya tembaga ke ape?" kan? Haha..

Sebab semalam aku berbuka dengan mee segera berjenama mamee dan berperisa asam laksa sahaja lah menyebabkan aku berbuka secara melampau untuk hari ini..Boleh pakai ke alasan tu?

Kenapa berbuka dengan mee segera je? Sebab aku dah tak ada selera untuk makan makanan ruji rakyat malaysia iaitu nasi dan lauk-pauk-enak-sedap tapi mee segera juga tidak sesedap yang diimpikan.. *Sobs Sobs*
A: Donut
B: Laksa Penang
C: Rangka ayam
D: Kek coklat
Kesemua makanan tu aku masak sendiri tau kat dapur tunjuk-tunjuk bernama Bazaar Ramadhan kat depan masjid area bandar kawasan rumah aku ni..Nasib baik semua sedap..Rangka ayam tu aku kongsi dengan kucing unknown kat luar rumah, tidak dibela-pandai-jaga-diri-sendiri.. :D

Sekian..

1 comments:

tokmoh said...

mcm muke u la.. haha